Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham.

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham membidas kenyataan pertama Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH), Woo Kah Leong, yang melabel Perikatan Nasional (PN) sebagai pembangkang terburuk kerana membangkitkan isu peruntukan Ahli Parlimen.

Hilman menyifatkan dakwaan Kah Leong sebagai tindakan ‘meludah ke langit’ dan menggesa beliau untuk menilai prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum membuat tuduhan terhadap PN.

“Sebagai Ketua AMH yang baru berusia tiga hari, beliau wajar mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu.

“Jika ingin disenaraikan, ada lebih 1001 alasan untuk rakyat menegaskan bahawa kerajaan hari ini gagal. Seluruh rakyat tahu, kerajaan PH hari ini penipu dan tidak menepati janji. Cakap tak serupa bikin,” katanya.

Beliau turut mengkritik pentadbiran kerajaan dalam pelbagai aspek, termasuk pengurusan ekonomi, inflasi yang semakin meningkat, hak asasi manusia, serta isu industri padi dan beras.

Hilman menegaskan bahawa sebagai ketua pemuda, pemimpin politik perlu membawa budaya politik yang lebih matang dan konstruktif.

“Tak perlu banyak bercakap, lebih baik kita bekerja demi kepentingan rakyat dan negara. Kumpul keberanian kamu, tegur Perdana Menteri, pastikan PH tepati janji,” katanya. – MalaysiaGazett

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here