Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysai (Jakim) akan memanggil individu yang membuat hantaran di laman sosial berhubung isu kronisme dan nepotisme apabila mengaitkannya dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Agensi kerajaan Persekutuan itu menerusi Facebook menegaskan, ia mengambil perhatian serius terhadap hantaran status berkaitan perkara berkenaan.

“Jakim mengambil perhatian serius terhadap hantaran status berkaitan isu kronisme dan nepotisme dan akan memanggil pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ainon Mohd memuat naik hantaran di laman media sosial mempersoal perkara itu hingga mengundang kecaman netizen.

Dalam hantarannya, pemilik akaun yang merupakan Pengerusi ABS Digital Media mengulas mengenai negara Islam dengan menyebut demokrasi barat tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Katanya sebagai ketua negara Islam Madinah, “nabi” yang dipercayai dirujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W mengamalkan perkara itu.

Dia turut memberikan contoh Saidina Abu Bakar, Saidina Umar sebagai mertua serta Saidina Uthman dan Saidina Ali yang masing-masing menantu dan sepupu Muhammad di zaman itu sama ada perlu mengamalkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun, menjengah d iruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial menyifatkan, hantaran tersebut sebagai sesuatu yang keterlaluan dan biadab.

Zulhafidz Ahmad berkata, “Bertaqwalah kita semua Kepada Allah Swt. Takutlah jika penulisan kita membuka jalan fitnah kepada Nabi Saw.

“Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengamalkan nepotisme atau kronisme dalam kepimpinannya.

“Baginda sentiasa mengutamakan keadilan, kelayakan, dan syura dalam setiap keputusan yang melibatkan kepentingan umat,” katanya.

Adib Haridan pula berkata, “Tulisan status ni mendatangkan fitnah besar pada nama baik nabi saw. kronisme dan nepotisme itu konotasi negatif dan buruk,” ujarnya.

Noorashiqin Ishak: “Puan, kalau pun puan dah sendu dan ramai yang unfollow puan, tak perlu la sampai kepada menjatuhkan fitnah kepada Rasullullah SAW. Bulan puasa ni puan. Taubatlah”, katanya.

Manakala seorang lagi netizen Noorazwani Shamsudin memberikan pandangan” “Puan, saya hormat puan untuk bidang puan. Harap puan turunkan posting ini.

“Saya bukan orang pandai, tapi saya tak setuju dengan posting ini. Boleh jadi fitnah kepada agama. Maaf puan,” pintanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here