Foto: Penyelamat dan Balai Bomba Dao Khanong

BANGKOK – Seramai lima orang disahkan maut manakala sekurang-kurangnya 27 lagi cedera selepas kren pembinaan bagi projek lebuh raya runtuh di daerah Chom Thong, Bangkok awal pagi Sabtu.

Pasukan bomba dan penyelamat bersama anggota Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Pentadbiran Metropolitan Bangkok serta Yayasan Poh Teck Tung segera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa, termasuk beberapa orang yang terperangkap di atas kren.

Menurut pihak berkuasa Thailand, insiden berlaku berhampiran pintu masuk Lebuhraya Ekspres Dao Khanong, menyebabkan rasuk konkrit yang sedang dalam pembinaan jatuh dan menghempap sebahagian struktur lebuh raya serta beberapa pekerja.

“Sekurang-kurangnya lima lelaki maut dalam kejadian yang berlaku sekitar 1.40 pagi (waktu tempatan).

Runtuhan itu berlaku kira-kira 200 meter dari pintu masuk lebuh raya apabila rasuk konkrit jatuh ke atas struktur lebuh raya sedia ada,” menurut pihak berkuasa pada Sabtu.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, sementara Pihak Berkuasa Lebuhraya Ekspres Thailand (EXAT) melakukan penilaian terhadap tahap kerosakan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here