Institusi Kewangan bukan bank, Provident Banc Berhad menyantuni seramai 150 orang warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Paya Jaras, Sungai Buloh semalam.

KUALA LUMPUR – Institusi kewangan bukan bank, Provident Banc Berhad (PBB) menyantuni seramai 150 orang warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Paya Jaras dalam menyambut keberkatan Ramadan ini.

Pengarah urusannya, Ravin Raghu Warren berkata, sumbangan yang dihulurkan ini merupakan salah satu dari program khidmat masyarakat (CSR) pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Ini merupakan antara program yang kami jalankan sejak tahun lepas dan sumbangan yang diberi merupakan barangan asas seperti beras, kordial dan buah kurma untuk warga emas, anak-anak yatim, golongan asnaf dan kurang upaya.

“Dalam usaha berkongsi rezeki, kami terus komited memupuk budaya keprihatinan dan tanggungjawab sosial demi perpaduan hidup bermasyarakat tidak kira bangsa dan agama” katanya pada sidang media semalam.

PBB mahu meluaskan lagi program CSR pada masa hadapan dengan memberi sumbangan berbentuk sumbangan kerusi roda kepada golongan kurang upaya.

Ravin menambah, program CSR yang dijalankan sepanjang Ramadan tahun ini disasarkan kepada beberapa kawasan antaranya Sungai Buloh dan kawasan lain di Lembah Kelang.

“Kami juga berhasrat untuk menyampaikan sumbangan beras kepada surau dan masjid tetapi masih lagi memperincikan lokasinya mengikut kesesuaian.

“Kami sasarkan jumlah penerima pada tahun ini diantara 500 sehingga 1,000 orang,” tambahnya lagi.

Beliau memberitahu, PBB juga turut merancang bekerjasama dengan mana-mana agensi bagi meluaskan lagi program CSR pada masa hadapan dengan memberi sumbangan berbentuk sumbangan kerusi roda kepada golongan kurang upaya.

“Tahun lepas, kami telah menyumbangkan kerusi roda kepada PDRM dan sasaran kami pada tahun ini untuk menambah bantuan kerusi roda kepada golongan yang memerlukan” ujarnya lagi.

Ravin Raghu Warren.

PBB yang dahulu dikenali sebagai Zico Banc Berhad adalah sebuah institusi kewangan bukan bank yang berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sejak penubuhan kami pada 20 Disember 1991, PBB terus komited dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif dan berorientasikan pelanggan, bertujuan untuk membantu perniagaan dan individu dalam mencapai matlamat mereka.

PBB kini merevolusikan sektor pembiayaan penjawat awam dengan menawarkan pembiayaan peribadi patuh syariah pada yang berkelayakan pada masa akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here