Pejuang Palestin menyerahkan keranda yang mengandungi mayat Shiri Bibas di Khan Yunis, selatan Gaza pada 20 Februari 2025.

BAITULMAQDIS – Pejuang Palestin bersetuju untuk membebaskan seorang tentera Israel warga Amerika Syarikat (AS), Aidan Alexander dan empat mayat yang mempunyai dua kewarganegaraan.

Kumpulan Hamas menerusi satu kenyataan menyatakan bahawa ia telah menerima cadangan daripada pengantara untuk meneruskan rundingan gencatan senjata di Gaza pada Khamis lalu selain membincangkan pertukaran tahanan.

Katanya, kumpulan itu mengendalikan cadangan tersebut secara positif dan bertanggungjawab.

Tambahnya, pergerakan itu telah mengemukakan maklum balas semalam yang mana ia melibatkan perjanjian untuk membebaskan tentera yang bernama Aidan Alexander yang memegang kewarganegaraan AS dan empat mayat yang mempunyai dua kewarganegaraan.

Sementara itu, Kumpulan Hamas mengesahkan ia bersedia untuk memulakan rundingan dan mencapai perjanjian komprehensif berhubung isu berkaitan rundingan gencatan senjata fasa kedua dan menggesa pelaksanaan penuh komitmen perlu dipatuhi Israel.

Pegawai kanan Hamas, Hussam Badran berkata penduduk Palestin tetap tabah selain menyayangi tanah mereka dan tidak akan meninggalkan tanah air walau apa juga yang berlaku.

Baden memberitahu, rakyat palestin akan menggagalkan semua rancangan untuk memindahkan mereka dan akan kekal melindungi Masjid Al-Aqsa daripada serangan penceroboh.

“Kami memutuskan untuk melaksanakan perjanjian gencatan senjata dalam pelbagai peringkat, dan sebarang penyelewengan dilakukan penceroboh daripada apa yang telah dipersetujui akan membuatkan kami kembali kepada asal,” ujarnya.

Badran menjelaskan, kumpulan Hamas telah meminta pengantara untuk mamastikan Israel melaksanakan penjanjian gencatan senjata dan menghentikan keganasan dan mematuhi semua terma yang telah dipersetujui. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here