Ng Suee Lim

SEKINCHAN – Sesi pendengaran awam mengenai bantahan penduduk terhadap pembinaan insinerator di Batu Arang, Rawang disambung selepas Aidilfitri.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim, sesi itu akan dipengerusikan oleh Exco Perumahan & Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah.

Jelas Suee Lim, beliau membuat keputusan untuk tidak mempengerusikan sesi pendengaran berkenaan seperti mana yang dikehendaki oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili bantahan berkenaan,Jaringan Rawang Tolak Insinerator (JRTI).

“Mereka bantah mengatakan bahawa ada conflict of interest jika saya pengerusikan sesi pendengaran itu kerana saya adalah Pengerusi KDEB Waste Management (KDEBWM). Mereka kata tidak adil kerana yang akan melaksanakan projek tersebut adalah KDEBWM.

“Maka selepas saya teliti, saya ambil keputusan mendengar pandangan mereka, (jadi sesi sebelm ini) dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Ribut dan Penyampaian Sumbangan Masjid dan Surau di Dewan Seri Sekinchan.

Sebelum ini Suee Lim berkata, kerajaan negeri Selangor sentiasa terbuka mendengar pandangan penduduk berhubung pembangunan loji rawatan termal atau insinerator di Batu Arang, Rawang antaranya dengan mengadakan sesi pendengaran awam.

Ujarnya, kerajaan negeri juga terbuka menerima sebarang pendapat atau bantahan sejajar peruntukan undang-undang sedia ada melibatkan projek berskala besar.

Sebagai rekod, sesi pendengaran awam sebelum ini dikejutkan dengan tindakan JRTI yang mencadangkan Suee Lim tidak mempengerusikan sesi berkenaan dengan mendakwa beliau memperlekeh pendapat dan pandangan mereka berhubung isu cadangan pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga (WTE) Batu Arang.

Dalam sesi pendengaran yang dihadiri lebih 100 orang pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan negeri itu, JRTI telah diberikan peluang untuk mengemukakan bantahan, namun ia bertukar kecoh apabila mereka didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here