Antara mercun yang dirampas dalam serbuan selepas serbuan di sebuah premis di Taman Nusa Bestari, Skudai, Johor Bahru, Selasa lalu.

ISKANDAR PUTERI – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah Cawangan Cheras, Selangor menahan tiga seorang lelaki dan merampas mercun selepas serbuan di Taman Nusa Bestari, Skudai di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, serbuan dilakukan unit risikan PGA tersebut di sebuah premis kedai pasa pukul 4.16 petang.

“Hasil serbuan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun. Semakan mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah dan ujian saringan air kencing mendapatiya negatif dadah.

“Daripada tangkapan tersebut, pihak polis merampas beberapa barang seperti 134 kotak bunga api dan mercun pelbagai jenis dilanggar bernilai RM27,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek sedang ditahan selama empat hari bermula kelmarin hingga esok di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki bahan letupan tanpa kebenaran yang sah.

Jika disabitkan kesalahan katanya, suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai jenayah boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri 07-5113622 atau 07-5114486 (hotline).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here