Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan malam semalam kerana dipercayai mencuri dalam sebuah premis di Taman Sri Kluang di Kluang.

KLUANG – Seorang lelaki yang mempunyai tiga rekod jenayah ditangkap kerana terlibat dalam satu kejadian mencuri di Taman Sri Kluang di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek berusia 50 tahun itu diberkas di Taman Sri Kluang pada pukul 12.30 malam kerana disyaki terlibat dalam satu kejadian curi di sebuah premis di kawasan perumahan itu.

“Tangkapan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah bagaimana pun ujian saringan air kencing tidak dipengaruhi sebarang bahan terlarang.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Bahrin, tangkapan kini dikenakan tahanan reman selama empat hari bermula semalam hingga 17 Mac ini bagi tujuan siasatan.

Terdahulu tular kejadian curi dalam premis berkenaan tular dalam media sosial- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here