Foto: JBPM Perak

IPOH – Tiga cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang terbabas di bahu jalan berdekatan Dewan Malaysian Relief Agency (MRA) Pos Slim, Jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.30 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa penumpang sebanyak 23 orang warga Singapura telah terbabas ke bahu jalan.

“Terdapat seorang lelaki iaitu pemandu bas mengalami kecederaan patah kaki telah dibawa keluar dari bas oleh orang awam dan dua orang penumpang mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 6.41 pagi. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here