Raiz Mukhliz Azman Aziz

MUAR – Akibat tamak dan mengejar keuntungan dalam masa singkat, seorang suri rumah tidak lena tidur apabila rugi RM412,443 selepas diperdaya pelaburan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa yang merupakan wanita berusia 58 tahun membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Muar, semalam, mendakwa ditipu pelaburan berkenaan.

“Mangsa menerima satu mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada individu yang tidak dikenali menawarkan satu pelaburan dalam talian.

“Wanita berkenaan kemudian berminat untuk sertai pelaburan ditawarkan individu tersebut dan telah memuat turun satu aplikasi pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pada peringkat permulaan mangsa melabur sebanyak RM500 dan mendapat untung RM67 dalam masa 24 jam.

Setiap pelaburan yang dibuat mangsa katanya, diberitahu hasil keuntungan oleh individu tersebut sebelum diminta membuat pelaburan besar bagi mendapat keuntungan lebih banyak.

Menurut beliau, disebabkan percaya dengan hasil keuntungan yang ditawarkan individu terbabit, manga membuat 35 transaksi ke dalam tujuh akaunn bank yang berbeza berjumlah RM412,443 mulai 23 Januari hingga 6 Mac lalu.

Mangsa katanya, mula curiga apabila dia diminta individu tersebut untuk membuat pembayaran sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan wang yang terkumpul dalam aplikasi tersebut.

“Wanita itu bertindak menyemak semuka aplikasi pelaburan yang diserta dan mendapati tiada sebarang keuntungan diperoleh. Mangsa mengalami kerugian RM412,443 iaitu sumber kewangan merupakan hasil simpanannya,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara satu hingga 10 tahun dengan sebatan dan dengan sebatan dan denda.

Beliau menyeru orang ramai supaya berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati terutama dalam urusan melibatkan transaksi kewangan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here