kredit: IPD Kuala Krai

KOTA BHARU – Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 81, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran Bukit Ah Kim, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 1.40 tengah hari itu, wanita berusia 72 tahun yang duduk di bahagian belakang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata pemandu kereta, lelaki berumur 21 tahun dan penumpang hadapan, wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pasir Mas sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutama dalam bulan Ramadan berikutan peningkatan jumlah kenderaan dan faktor keletihan yang boleh menyebabkan mengantuk ketika memandu.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here