Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berucap pada Kongres Parti Tindakan Demokratik ke-18 di IDCC Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 MAC 2025

SHAH ALAM – DAP akan meneliti semula syarat-syarat ketat yang menghalang kepimpinan partinya untuk mendapatkan anugerah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan dipilih selepas Kongres Kebangsaan kali ke 18, hari ini.

“Kita berada dalam pelbagai kerajaan negeri dan dalam Kerajaan Pusat sekarang ini kita sudah tentunya perlu melihat balik syarat-syarat ini dalam dasar kita.

“Syarat ini (terima anugerah Datuk) tidak boleh terlalu ketat kerana kalau ada sultan-sultan negeri yang ingin menganugerahkan gelaran Datuk kepada wakil rakyat kita,” katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-18, hari ini.

Anthony berkata, syarat yang ketat oleh parti itu tidak membolehkan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Ng Suee Lim menerima gelaran itu walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memberikan beliau gelaran Datuk.

“Sultan Selangor, bertitah secara terbuka berkenan ingin memberikan Ng Suee Lim Datuk, Tuanku Sultan ucap secara terbuka, baginda bertitah Ng Suee Lim sudah lima penggal (jadi ADUN) nak bagi Datuk.

“Kalau ikut syarat parti, tak boleh terima. Kalau Ng Suee Lim tak terima, dia derhaka terhadap Sultan, jadi dia memang nak pun (gelaran Datuk),” katanya.

Sebelum ini Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pernah mengeluarkan teguran keras kepada dua wakil rakyat DAP dari Sabah iaitu Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin dan ADUN Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe.

Bagaimanapun, dua wakil rakyat DAP itu, dalam satu kenyataan bersama menjelaskan, kerumitan dan tekanan itu tidak sepatutnya menjadi alasan menggugat prinsip dan dasar parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here