Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Kongres Parti Tindakan Demokratik ke-18. Turut bersama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke (kanan) dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng (kiri) di IDCC Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 MAC 2025

SHAH ALAM – DAP hari ini memberikan jaminan tidak akan menikam belakang rakan-rakan dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP adalah rakan sejati dalam Pakatan Harapan (PH) walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran isu dan akan memastikan Langkah Sheraton tidak akan berulang lagi.

“Kita (DAP) adalah rakan sejati. Kita tidak akan menikam daripada belakang. Kita akan memastikan sejarah hitam Langkah Sheraton tidak akan berulang sama sekali. Ini janji daripada DAP.

“Kita akan pastikan kesediaan dan perpaduan ini mesti kita berkukuhkan kerana kita tahu, seperti yang pernah saya katakan, kalau Kerajaan Madani ini berjaya, kalau Datuk Seri Anwar berjaya, maksudnya Malaysia akan berjaya,” katanya dalam ucapatama sempena Kongres DAP kali ke 18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini.

Anthony berkata, Malaysia telah kembali ke landasan yang betul dari sudut ekonomi dan politik sepanjang 28 bulan pentadbiran Anwar.

“Kita lihat ada beberapa indikator dalam tempoh 28 bulan ini yang menunjukkan  kita berada dalam langkah yang betul. Yang pertama, pencapaian kita dalam keluaran negara kasar, KDNK, pada tahun 2024 meningkat 5.1%.

“Ini satu kejayaan ekonomi yang boleh kita banggakan. Tidak banyak negara dalam dunia (yang capai prestasi tersebut),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here