KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan pemberitahuan penangguhan pemilihan penempatan akibat gangguan sistem e-Placement yang diterima menerusi emel semalam sebagai kerja saat akhir dan tidak bertanggungjawab.

Tindakan ini bukan sahaja membuang masa dan sumber tetapi juga tidak menghormati doktor-doktor yang terlibat.

MMA menegaskan, perubahan ini menimbulkan tekanan yang tidak perlu, dan mencerminkan sikap tidak menghiraukan dedikasi dan pengorbanan doktor muda.

“Mereka tidak boleh ditolak seperti ini!,” kata MMA menerusi unitnya – SCHOMOS (Section Concerning House Officers, Medical Officers and Specialists).

Lantaran itu, jika perlu, MMA mengesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merombak dan menyingkirkan pemimpin yang bertanggungjawab dalam kemelut ini.

Malah, dalam kenyataan sama, SCHOMOS  bertanya berapa ramai lagi doktor yang KKM mahu tolak daripada perkhidmatan kerajaan ekoran kemelut ini. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here