Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama perwakilan pada Kongres Parti Tindakan Demokratik ke-18. Turut bersama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke (kanan) dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng (kiri) di IDCC Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 MAC 2025

SHAH ALAM – Perdana Menteri menggelarkan segelintir golongan yang sering memainkan sentimen perkauman untuk membangkitkan kegusaran dalam kalangan rakyat di negara ini sebagai ‘desperado’.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu adalah langkah lapuk yang dimainkan oleh pihak yang terdesak sahaja.

“Tiada skandal membabitkan pimpinan negara, rasuah atau salah guna kuasa, yang ada ialah memperalatkan isu kaum (kononnya) kerajaan lemah kerana tunduk kepada kuasa parti, khususnya DAP.

“Apakah mereka tidak kenal DAP? Mereka kenal. Dalam Pakatan Rakyat dulu hampir 15 tahun Pas bersama DAP. Semasa PH dibawah Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang sekarang Bersatu pun pernah duduk semeja dengan pimpinan DAP.

“Apakah luahan mereka itu (adalah) kenyataan benar? Tidak. Luahannya adalah golongan ‘desperate’ (terdesak), ini yang dikatakan ‘desperado’ dalam politik,” kata Anwar ketika merasmikan Kongres DAP Ke-18 hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mengkritik pendekatan pihak terbabit yang dikatakan lebih gemar memainkan sentimen perkauman, berbanding membahaskan dasar-dasar kerajaan.

Anwar turut berkata luahan berkaitan sentimen perkauman diketengahkan pihak terbabit tidak memberi gambaran sebenar mengenai situasi yang berlaku di negara ini.

“Tiada kritikan dasar (atau) pandangan baharu, tetapi bawa gendang lama (mahu) menakutkan masyarakay Melayu mengenai kemaraan kelompok cina, apatah lagi yang diperjuangkan dengan lambang DAP,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here