Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, harga emas dijangka diniagakan antara AS$2,970 (RM13,199.71) dan  (RM13,466.37) setiap auns troy.

“Saya amat percaya emas akan memecahkan rekod AS$3,000 setiap auns troy.

“Gelombang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan kebimbangan ekonomi yang berterusan mendorong pelabur ke arah aset pelaburan yang selamat,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata, pasaran sedang menentukur semula realiti bahawa kebimbangan pertumbuhan kini menjadi fokus utama berbanding kebimbangan terhadap inflasi, mengukuhkan peranan emas sebagai lindung nilai utama.

“Persamaan untuk emas kekal mudah: tarif yang lebih tinggi sama dengan ketidaktentuan yang lebih tinggi, dan itu mendorong permintaan yang lebih kuat untuk emas.”

“Dengan selera risiko yang semakin pudar dan penggubal dasar yang semakin tertekan, kenaikan harga emas yang tidak henti-henti boleh diumpamakan sebagai bahan bakar yang masih banyak di dalam tangki,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Mac 2025 meningkat kepada AS$2,999.60 setiap auns troy daripada AS$2,928.60 sebelum ini, manakala April 2025 bertambah kepada AS$3,009.90 setiap auns troy daripada AS$2,938.40.

Sementara itu, kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 melonjak kepada AS$3,019.90 setiap auns troy daripada AS$2,946.80 minggu lepas.

Jumlah dagangan meningkat kepada 419 lot pada minggu ini daripada 251 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 454 kontrak daripada 140 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 13 Mac, harga emas fizikal berada pada AS$2,974.05 setiap auns troy. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here