PAITA – Seorang nelayan Peru yang hilang selama 95 hari di Lautan Pasifik, hanya memakan lipas, burung dan penyu untuk terus hidup telah selamat pulang ke rumah keluarganya.
Maximo Napa menaiki bot untuk memancing dari Marcona, sebuah bandar di selatan pantai Peru, pada 7 Dis 2024 untuk perjalanan selama dua minggu.
Bagaimanapun, cuaca buruk dan ribut menyebabkan botnya tersadai dan hanyut di Lautan Pasifik.
Keluarganya melancarkan pencarian tetapi peronda maritim Peru tidak dapat mengesan Napa sehingga 12 Mac, apabila peronda nelayan Ecuador menemuinya kira-kira 1,094 kilometer dari pantai negara itu.
Semasa ditemui, Napa mengalami dehidrasi teruk dan dalam keadaan kritikal.
“Saya tidak mahu mati dan benda terakhir yang saya makan ialah penyu,” katanya yang berkongsi rasa merindui keluarganya terutama ibu dan cucu perempuannya. – Agensi