Mayat remaja warga China yang lemas dalam kolam renang Kondominium Meru Idaman diserahkan kepada polis. foto JBPN Perak.

IPOH – Seorang remaja lelaki warga China berusia 17 tahun ditemui lemas dalam kolam sedalam 1.2 meter di Kondominium Meru Idaman, Meru Raya malam tadi..

Mangsa yang merupakan pelajar di sebuah sekolah antarabangsa itu disahkan maut di lokasi kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 9.22 malam.

“Sebaik sahaja bomba tiba didapati mangsa berada di dalam kolam dalam keadaan melintang.

“Mangsa yang dibaw keluar dari kolam dan dan diberi rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) sehingga petugas KKM sampai di lokasi,” katanya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here