Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa syukur apabila Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer tidak terpilih sebagai salah seorang ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan DAP semalam.

Dalam masa sama, beliau memuji perwakilan DAP kerana tidak memilih individu yang disifatkan tidak sesuai untuk keharmonian negara.

“Alhamdulillah, Jelutong tidak terpilih.

“Seperti yang saya ingatkan baru-baru ini bahawa beberapa orang sebelum beliau telah menjadi ‘gemulah politik’ kerana mentaliti dan sikap yang tidak wajar.

“Adalah tidak mustahil, jika ALLAH kehendaki, beliau akan mengikuti jejak yang sama,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau malam tadi.

Pada pemilihan CEC DAP semalam, Rayer antara nama besar dalam parti itu yang gagal menempatkan diri dalam senarai 30 ahli CEC, selain Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar.

Sebelum ini, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza terlibat dalam perang mulut dengan Rayer susulan kontroversi berkenaan kenyataan yang didakwa menghina agama Hindu.

Malah, Mohd Asri juga pernah membuat kenyataan meminta kerajaan supaya tidak memberikan apa-apa jawatan kepada Rayer dengan mendakwa pemimpin DAP berkenaan sering menimbulkan provokasi dalam masyarakat majmuk negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here