Mohd Syahir Che Sulaiman.

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Parlimen pembangkang bersetuju dengan cadangan untuk menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada hanya dua penggal namun ia perlu bersyarat, kata Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.

Antara syarat tersebut ialah perdana menteri mestilah beragama Islam.

“Perlembagaan: Hadkan (tempoh) PM hanya dua penggal, boleh dibincangkan. Tetapkan (syarat) PM mestilah beragama Islam, boleh kita turut bincangkan.

“Atas kewajaran, atas keperluan; Islam agama rasmi Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memegang janji melaksana agenda reformasi termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Proses itu perlu dilaksana dengan rapi dan memerlukan konsensus semua parti serta dua pertiga Ahli Parlimen, jelas Anwar.

Semalam, DAP menerusi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berharap kerajaan dapat meminda Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 24 bulan ini bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, janji itu terkandung dalam manifesto PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here