Bungkusan yang disangkakan mayat budak di Kampung Durian Daun, Duyong, Melaka rupanya adalah ikatan daun semambu

MELAKA – Penduduk di Kampung Durian Daun, Duyong di sini dikejutkan dengan penemuan bungkusan ‘mayat budak’ yang dibalut dengan kain batik di tepi jalan malam tadi.

Berita itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem selepas menerima maklumat ketika sedang menghadiri program Tadarus Al Quran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka.

Bungkusan yang disangkakan mayat budak di Kampung Durian Daun, Duyong, Melaka rupanya adalah ikatan daun semambu.

 

Bagaimanapun, selepas menghubungi polis yang hadir di lokasi mendapati, ia bukanlah mayat kanak-kanak yang disangkakan sebaliknya hanyalah daun pokok semambu dipercayai tercicir oleh pemiliknya.

 

Tangkap layar dari FB Mohd Noor Helmy

“Tengah tengok budak Pemuda UMNO Kota Melaka tadarus, dapat makluman dikatakan jumpa bungkusan kat tepi jalan di kampung Durian Daun seolah-olah bungkusan mayat budak.

“Bila polis sampai dan buka bungkusan, rupanya ikatan daun semambu…Nasib baik Mat tak pergi kalau tak pahala tengok tadarus tak dapat, kene akal dengan daun semambu. Betul-betul jadi waibee pandir,” tulisnya yang memuat naik kejadian lucu itu melalui Facebook (FB) rasminya malam tadi.

 

Anggota polis memeriksa bungkusan yang disangkakan mayat budak di Kampung Durian Daun, Duyong, Melaka rupanya adalah ikatan daun semambu

 

Beliau turut memuat naik tiga keping gambar menunjukkan kehadiran anggota polis di lokasi kejadian dan ikatan daun semambu yang dibungkun dalam kain batik.

Kejadian itu mendapat 191 komen dan dikongsi sebanyak 62 kali pengguna FB yang rata-rata memberi komen bungkusan daun berkenaan mungkin tercicir oleh pemiliknya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here