Yahya Saree

SANAA – Kumpulan Houthi menyasarkan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), USS Harry S Truman, bagi menghalang rancangan AS melakukan serangan udara ke atas Yemen.

Jurucakap kumpulan itu, Yahya Saree berkata, kapal pengangkut tersebut yang berada di utara Laut Merah diserang dua dalam tempoh 24 jam dengan menggunakan beberapa peluru berpandu balistik dan dron yang berakhir beberapa jam kemudian.

Sarre berkata, serangan dilakukan ketika kapal pengangkut itu sedang bersedia untuk melancarkan serangan terhadap Yemen dan beliau berikrar pihaknya akan terus menghalang kapal yang mempunyai kaitan dengan Israel belayar di Laut Merah sehingga sekatan ke atas Jalur Gaza ditarik balik.

Jurucakap itu yang mengulangi amaran pemimin Houthi, Sayyed Abdul-Malik al-Houthi bahawa kumpulan tersebut akan berindak balas secara meluas jika AS terus mneyerang Yemen mengumumkan pihaknya akan maju ke hadapan dengan membalas dendam.

Pesawat perang US melancarkan dua serangan udara di barat Yemen.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here