Polis sedang mengesan seorang lelaki yang hilang warga tempatan dipercayai pesakit mental hilang selepas tidak pulang ke rumah orang tua di Muar sejak semalam

MUAR – Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai pesakit mental yang hilang selepas tidak pulang ke rumah orang tua di sini sejak semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki tempatan itu dari penjaga rumah orang tua berkenaan.

“Pihak IPD Muar sedang mengesan Orang Hilang (OH), Khairul Anuar Karim, seorang lelaki berbangsa Melayu berumur 55 tahun. Alamat di kad pengenalannya adalah Jalan Batang Melaka Jaya 3, Taman Batang Melaka Jaya 77500, Batang Melaka, Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkulit sawo matang, rambut pendek putih beruban, muka bujur, berketinggian 170 sentimeter dan berat kira-kira 80 kilogram.

Pakaian terakhirnya, berbaju t-shirt berkolar berwarna biru dan berseluar trek panjang berwarna hitam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi penyiasat kes ASP Suhaimi melalui talian 06-9564800 atau Hotline, 06-9526001.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here