Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Program Ihya' Ramadan Bersama Warga Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 17 MAC 2025

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah ke atas kepimpinan baharu DAP yang dipilih semalam.

“Tahniah dan teruskan bekerja,” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri Program Ihya’ Ramadan Bersama Warga Kemenetrian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Za’ba, hari ini.

Turut hadir, Menteri KPT, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Ditanya sama ada beliau akan melakukan rombakan Kabinet disebabkan ada beberapa kepimpinan DAP yang kalah dan tidak bertanding dalam pemilihan semalam, Anwar menjawab: “Itu rombakan Kabinet DAP, mereka dah buat semalam,” katanya lagi.

Semalam, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke mengekalkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung bagi penggal 2025-2028 dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang berlangsung sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-18 hari ini.

Ini adalah penggal kedua Loke menjawat jawatan berkenaan sejak mengambil alih daripada Lim Guan Eng pada 2022.

Gobind Singh Deo pula dipilih sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan yang baharu menggantikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Menteri Digital mendahului persaingan bagi pemilihan CEC dengan memperoleh 2,785 undi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dipilih sebagai Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.

Guan Eng pula dipilih sebagai Penasihat DAP bagi penggal 2025-2028 menggantikan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai selepas memperoleh 1,719 undi.

Dua Timbalan Menteri di bawah Kabinet Anwar iaitu Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying kalah pada pemilihan CEC DAP semalam sementara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Insititusi), M Kulasegaran pula tidak bertanding. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here