Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Polis menerima 13 laporan di seluruh negara berhubung hantaran menghina Nabi Muhammad S.A.W di  Facebook milik seorang penulis buku yang juga usahawan wanita, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, semua laporan itu diterima setakat 11.30 malam semalam dan siasatan lanjut giat dilakukan.

Beliau berkata, laporan awal kes itu dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun di Balai Polis Beranang, Kajang, Selangor pada Sabtu lepas.

“Identiti suspek wanita berusia 75 tahun sudah pun dikenal pasti dan pada masa ini siasatan sedang dijalankan dengan tindakan awal kita adalah memanggil pemilik akaun berkenaan.

“Polis sudah merakam percakapan pengadu terbabit bagi melengkapkan siasatan awal kes itu mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razarudin berkata, pihaknya telah merujuk kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menurunkan hantaran tersebut daripada akaun Facebook wanita itu kerana boleh mengelirukan pembaca.

“Pihak polis tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang isu berkaitan agama, kaum dan raja (3R). Tindakan mengikut segala peruntukan undang-undang sedia ada akan diambil terhadap pihak menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengganggu-gugat ketenteraman awam,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here