Tangkap layar video tular memperlihatkan lelaki bertopeng dan bersenjata dalam keadaan mencurigakan berada dalam kawasan PUO.

IPOH – Seorang pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) dilaporkan cedera ringan sewaktu sesi simulasi latihan pengurusan dan pengendalian krisis oleh pasukan 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK) (Ex Kurung 2025) di Kampus Astra di sini hari ini.

PUO menerusi satu kenyataan media memaklumkan, seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun dipercayai terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri sewaktu sesi simulasi tersebut.

Menurutnya, pelajar terbabit yang terseliuh kaki kiri dan kini menerima rawatan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di kampus berkenaan.

“PUO ingin memaklumkan setakat ini hanya seorang pelajar yang mengalami kecederaan ringan dan kini sedang mendapatkan rawatan.

“Pihak KKM juga turut berada di dalam kampus PUO untuk memberi bantuan kesihatan serta perkhidmatan psikologi buat warga dan pelajar yang memerlukan,” katanya.

Katanya, untuk sebarang pertanyaan berkaitan, ibu-bapa atau waris pelajar boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar PUO di talian 011-6255 7656.

Pagi ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata, latihan skala kecil ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan agensi terlibat termasuk PDRM, PUO dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam mengurus serta mengendalikan krisis keganasan seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Terdahulu, beberapa video tular di media sosial menunjukkan insiden serangan pengganas di PUO, selain turut berlaku tembakan dan sekumpulan pelajar dijadikan tebusan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here