KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri nyaris maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki melanggar melanggar gajah liar yang melintas jalan di Jalan Mawai di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berkenaan berlaku pukul 10.40 malam melibatkan pemandu berusia 53 taun bersama-sama isterinya melibaktan MPV Mitsubishi Xpander.
“Pihak polis ada menerima maklumat kemalangan itu. Selepas pelanggaran itu gajah berkenaan telah lari masuk ke dalam hutan.
“Kejadian melibatkan pemandu bersama isterinya dimana kedua-duanya hanya alami cedera ringan di bahagian dagu.
“Akibat kemalangan itu juga kereta telah mengalami kerosakan dan pemandu akan membuat laporan polis hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat lengkap berkaitan kejadian itu.
“Bagaimanapun dalam dua minggu lalu, berlaku kejadian seekor anak gajah terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan.
“Kejadian itu mengakibatkan anak gajah itu mati manakala individu yang menaiki kereta berkenaan selamat,” katanya ketika dihubungi.
Lebih 100 aduan konflik manusia dan gajah liar direkodkan setiap tahun di Johor dengan kerugian dianggarkan mencecah RM1.1 juta.
Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi suatu kenyataan akhbar, menyatakan penyelesaian yang menyeluruh diperlukan bagi mengimbangi pemuliharaan alam dan keselamatan penduduk memandangkan negeri ini menjadi habitat kepada 120 hingga 160 ekor gajah liar.
Beliau berkata, kerajaan negeri merangka strategi jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani isu ini secara komprehensif.
Menurutnya, bagi langkah jangka pendek, kerajaan akan meningkatkan kawalan di kawasan hotspot, menambah anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta memindahkan gajah ke lokasi lebih sesuai.
Katanya, bagi langkah jangka pendek, kerajaan akan meningkatkan kawalan di kawasan hotspot, menambah anggota Perhilitan serta memindahkan gajah ke lokasi lebih sesuai.- MalaysiaGazette