Tangkap layar menunjukkan dua remaja menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘superman’ di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang.

BATU KAWAN – Dua remaja lelaki ditahan polis selepas video mereka melakukan aksi ‘superman’ serta mengancam keselamatan jalan raya di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Jay January Siowou berkata, bertindak atas maklumat polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah SPS menahan dua remaja berkenaan semalam.

“Mereka ditahan di kediaman masing-masing di Bukit Mertajam dan Simpang Ampat di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua mereka mendapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menyalurkannya kepada pengawai penyiasat Sarjan Mohd Ridzuwan Hamdi di talian 012 956 4407 atau melalui Bahagian Penguatkuasaan Trafik SPS di talian 04 585 8222,” katanya dalam kenyataan media.

Mengulas lanjut Jay January berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan lalulintas berbahaya.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menularkan atau menggalakkan aktiviti berbahaya seperti ini selain memantau pergerakan anak masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, tular rakaman berdurasi 45 saat di Facebook memaparkan seorang penunggang motosikal menunggang motosikal secara berbahaya dengan melalukan aksi superman diatas motosikalnya.

Tindakan penunggang motosikal berkenaan mendapat kecaman warga net dan rata- rata meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap penunggang motosikal berkenaan kerana aksi tersebut  mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here