Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini telah mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga Jumaat ini di beberapa kawasan di Sarawak, Pahang, Johor, dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, hujan berterusan dijangka berlaku sehingga Khamis di beberapa kawasan di Sarawak, termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, serta Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Pahang meliputi Kuantan, Pekan, dan Rompin; Johor yang melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru; serta Sabah merangkumi Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan) serta Kudat.

Amaran hujan berterusan bagi kawasan di Pahang, Johor, dan Sabah akan berkuat kuasa bermula Khamis sehingga Jumaat ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here