Hans Isaac.

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Datuk Hans Isaac memaklumkan beliau tidak lagi memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), dua tahun selepas memulakan perkhidmatannya sejak 2023.

Hans, yang membuat pengumuman tersebut menerusi hantaran di Instagram, berkata, banyak kejayaan dilakar PSM di bawah pimpinannya dan berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Timbalannya Adam Adli Abd Halim atas peluang diberikan selama ini.

Beliau juga berbangga dapat bekerjasama dengan seluruh tenaga kerja PSM terutamanya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Iliyas Jamil.

“Dengan ini, tiba masanya untuk saya mengambil cabaran baharu yang diharap dapat diumumkan dalam masa terdekat.

“Akhir sekali, saya ingin mengucapkan hanya yang terbaik untuk pengurusan PSM dan barisan ahli lembaga pengarah seterusnya. Saya tidak akan pernah melupakan peluang luar biasa yang diberikan,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here