Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadual menyambung keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram tidak hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Sumber agensi penguatkuasaan memaklumkan bahawa Ismail Sabri akan hadir untuk memberi keterangan esok, namun waktu kehadirannya tidak dinyatakan.