Para peserta program Jelajah Jalanan: Sebarkan Kasih Sayang yang dianjurkan oleh Food For Gelandangan (FFG) dengan kerjasama Kelab Welsafe Hussein, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

KUALA LUMPUR – Kelab Welsafe Hussein, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Food For Gelandangan (FFG) menganjurkan program Jelajah Jalanan: Sebarkan Kasih Sayang di sekitar Kuala Lumpur, 7 Mac lalu.

Program itu bertujuan untuk menyantuni golongan kurang berkemampuan dengan menyediakan keperluan asas seperti berus gigi, ubat gigi, ubat nyamuk dan ubat-ubatan.

Selain itu, turut diadakan Pasar Percuma (Free Market), di mana individu berpeluang memilih barangan yang sesuai dengan keperluan mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Program itu juga bukan sahaja memanfaatkan penerima bantuan tetapi memberi pengalaman kepada peserta untuk memahami realiti kehidupan masyarakat kurang berkemampuan di kawasan bandar.

Penyertaan mereka di dalam program jelajah jalanan ini juga dapat memupuk nilai kasih sayang, empati, dan keprihatinan dalam kalangan mahasiswa sebagai rakyat Malaysia yang prihatin.

Antara tetamu kehormat hadir di dalam program ini ialah Pengetua KTHO, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman; Ketua Felo, Encik Muhammad Izzat Ebrahim; Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar KTHO, Ahmad Dinie Ahmad Shafri; Eksekutif Kebajikan dan Kesukarelawanan, Mohammad Rabbani Rafie; serta Ketua Pengarah Program, Nurshana Batrisya Noorhisham.

Turut hadir adalah rakan-rakan sukarelawan dari Kelab Welsafe Hussein. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here