KPDN Pulau Pinang merampas pelbagai barangan tiruan berjenama dalam serbuan di sebuah premis di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas pelbagai barangan tiruan termasuk kasut, beg tangan berjenama dalam serbuan di sebuah premis di Perda di sini, semalam.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, serbuan jam 11.30 pagi itu dilakukan susulan aduan daripada Biro Pengaduan Awam (BPA) dan turut disertai oleh dua wakil dari Global Trade Shields (GTS).

“Hasil pemeriksaan di premis tersebut mendapati mereka menawarkan pelbagai barangan mewah tiruan seperti Louis Vuitton (LV), Yves Saint Laurent (YSL), Gucci, Balenciaga dan Chanel.

Antara yang dirampas termasuk beg, kasut, dompet dan tudung.

“Dalam serbuan tersebut kita merampas 171 unit barangan tiruan termasuk kasut, beg tangan, dompet dan tudung dengan nilai keseluruhan RM36,642.

“Beberapa dokumen perniagaan turut disita bagi membantu siasatan. Selain itu, seorang wanita tempatan yang juga pemilik perniagaan juga hadir ke lokasi selepas dihubungi untuk memberikan kerjasama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Jegan, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815).

“Sehubungn itu, KPDN ingin menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam penjualan barangan tiruan kerana ia bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga boleh membahayakan pengguna serta menjejaskan ekonomi negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here