Pihak bomba sedang memadamkan api pada kereta Suzuki Swift yang diletupkan bom dalam kejadian di Narathiwat pada 17 Mac 2025 Foto Facebook Perhubungan Awam Narathiwat

NARATHIWAT, THAILAND- Penduduk di wilayah ini telah diberi amaran mengenai sebuah kereta Honda model lama yang hilang mungkin telah dicuri oleh pemberontak untuk digunakan sebagai bom kereta.

Pejabat perhubungan awam wilayah pada Selasa meminta orang ramai untuk berwaspada terhadap Honda Civic berwarna biru itu kerana kumpulan pemisah mungkin memasangnya dengan bahan letupan.

Model kereta yang disyaki dikenali sebagai versi “iron” kerana bonetnya menyerupai seterika yang digunakan untuk menggosok pakaian. Model Civic ini dikeluarkan antara tahun 1992 hingga 1995.

“Sesiapa yang melihat kereta berkenaan sila hubungi 1341,” kata pengumuman itu.

Keganasan di wilayah paling selatan Thailand semakin meningkat termasuk melibatkan pengeboman kereta, sejak permulaan Ramada awal bulan ini.

Kes terbaharu yang melibatkan bom kereta berlaku semalam yang mana sebuah Suzuki Swift yang dipasang bahan letupan dengan pemasa meletup di Jalan 4060.

Kejadian berlaku ketika sukarelawan pertahanan Suyanee Seeba sedang dalam perjalanan ke pejabat daerah Kapho di Pattani.

Mangsa terselamat tetapi mengalami kecederaan serius.

Tiga orang lain, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, turut cedera akibat serpihan bom.

Pihak berkuasa keselamatan percaya pemberontak berhasrat untuk meletupkan bom berkenaan selepas mangsa memakir kenderaan di pejabat daerah dan bukan sebelumnya.

Pada 8 Mac, beberapa letupan bom berlaku di pejabat daerah dan beberapa lokasi lain di daerah Sungai Kolok, wilayah Narathiwat.

Sesiapa yang melihat kereta tersebut diminta untuk menghubungi 1341, menurut pengumuman itu.

Wilayah selatan telah menyaksikan peningkatan keganasan, termasuk serangan bom kereta, sejak bermulanya bulan Ramadan awal bulan ini.- AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here