Tiga lelaki yang dikesan memandu secara berbahaya di Jalan Penampang – Tambunan sehingga hampir menyebabkan kemalangan, kelmarin, hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, semalam.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 27 saat yang tular di media sosial, memaparkan insiden pemanduan berbahaya membabitkan tiga kenderaan.