MELAKA – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua lelaki berasal dari Johor Bahru bagi membantu siasatan kes yang sedang dijalankan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata mereka adalah ialah Tan Swee Hock dari Masai dan Wong Yong Hoo.
“Orang ramai yang mengenali atau mengetahui keberadaan kedua-dua individu ini diminta menghubungi Inspektor G Yaaga Mithiran di talian 016-5203634 untuk menyalurkan maklumat.
“Maklumat juga boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette