Dr Zuhan Mohd Zain

JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) dijangka menggunakan taktik yang sama untuk memperbodohkan pengundi bahawa kerajaan Perak bakal berubah sekiranya mereka menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning pada 26 April ini.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Dr Zuhan Zain berkata, pihaknya ingin menasihatkan PN agar menggunakan peluang PRK itu untuk menunjukkan kemampuan mereka memimpin, bukan hanya mengadakan dongeng mempersendakan rakyat.

“Amanah Johor juga menolak kempen perkauman serta perpecahan dalam PRK tersebut kerana ia bertentangan dengan tuntutan keharmonian dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah menang dengan majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian pada 26 April ini dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

Mengulas lanjut, Dr Zuhan yang juga Ketua Amanah Kawasan Kluang berkata, Amanah Johor menyokong kenyataan Naib Presiden Amanah yang menyarankan PN tidak bertanding pada PRK tersebut.

Jelasnya, ini bagi memberi laluan kepada calon kerajaan Perpaduan yang akan bertanding di DUN tersebut.

“Amanah Johor juga ingin melahirkan sokongan penuh kepada calon kerajaan Perpaduan yang akan dipilih akan datang,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, Amanah Johor akan menggerakkan jentera bagi membantu gerak kerja PRK Ayer Kuning untuk memastikan kemenangan calon kerajaan Perpaduan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here