Seorang wanita maut dalam kemalangan motosikal dan lori di Lebuhraya Utara-Selatan, di Muar semalam.

MUAR – Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang kehabisan minyak di kilometer (KM), 136.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 6.32 petang.

“Siasatan awal mendapati sebuah lori yang dipandu lelaki tempatan berusia 34 tahun berhenti di lorong kecemasan kerana kehabisan bahan bakar dan pemandu lori juga telah meletakkan kon keselamatan serta menghubungi pihak PLUS untuk bantuan.

“Bagaimanapun, sebuah motosikal ditunggang wanita berusia 22 tahun itu yang datang dari arah belakang telah melanggar bucu belakang kanan lori tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Kes katanya, disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Pihak polis turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan pemanduan berhemah, terutama di lebuh raya, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here