Mahkamah Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas yang tular kerana menampar seorang pemuda bukan Islam kerana makan secara terbuka pada Ramadan, akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, suspek yang berusia 65 tahun akan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

“Hari ini, kertas siasatan telah dirujuk ke  Yang Arif Timbalan Pendakwaraya Negeri Johor dan hasil penelitian Yang Arif Timbalan Pendakwaraya membuat keputusan untuk menuduh suspek.

“Suspek warga tempatan yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu akan dibawa ke mahkamah dan dituduh esok,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang pemuda ditegur lelaki yang juga warga emas kerana makan secara terbuka pada bulan Ramadan di sebuah pusat beli-belah di sini.

Berlaku ketegangan apabila warga emas berkenaan meminta pemuda itu menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan dia bukan beragama Islam.

Pemuda itu yang enggan menunjukkan kad pengenalan kemudian mendakwa warga emas berkenaan memarahi dan turut menamparnya beberapa kali.

Pada masa sama, Balveer Singh menasihati orang ramai supaya tidak melanggar undang-undang.

“Bertindak rasional dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Hindari keganasan, patuhi undang-undang,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here