Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas kerugian RM62,109 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata,  pada 28 Feb lepas mangsa lelaki yang berusia 73 tahun telah menerima satu mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan iklan pelaburan menarik daripada nombor tidak dikenali.

Beliau berkata, melalui iklan tersebut mangsa ditawarkan membuat pelaburan di ‘syarikat pelaburan’ dalam talian sebanyak RM400 dengan pulangan keuntungan berjumlah RM8,500 dalam masa 48 jam.

“Selepas membuat pelaburan awal, mangsa diarah membuat bayaran lain atas alasan upah dan kos proses pembayaran keuntungan.

“Mangsa yang terpedaya telah menggunakan wang simpanannya ketika bekerja di sebuah syarikat akhbar untuk membuat 18 kali transaksi ke sembilan akaun yang berbeza berjumlah RM62,109,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Azli berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada 1 tengah hari  semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here