Rodtang Jitmuangnon (kiri) dan Takeru Segawa (kanan) akan bertarung pada 23 Mac ini di Saitama Super Arena, Jepun.

KUALA LUMPUR – Juara dunia, Rodtang Jitmuangnon dari Thailand dalam ONE Championship, Rodtang Jitmuangnon mencuri perhatian peminat seni bela diri apabila dia tampil segak memakai baju Melayu berwarna hitam lengkap bersamping ketika sesi Face-Off bersama lawannya, Takeru Segawa baru-baru ini.

Sesi itu diadakan sempena pertarungan Rodtang yang dikenali dengan gelaran The Iron Man menentang Takeru pada 23 Mac ini di Saitama Super Arena, Jepun di bawah acara ONE 172.

Menerusi perkongsian di laman sosial @Onecahampionship, Rodtang turut berkongsi pandangan mengenai busana tersebut.

“This is the month of Ramadan, so I’m wearing this to represent Muslim,” tulisnya yang menggayakan baju melayu keluaran jenama tempatan Elrah Exclusive pada acara itu.

Di sisi lain, Takeru dari Jepun pula memilih sut lengkap berwarna cerah yang menampilkan gaya kemas dan moden.
Juara dunia, Rodtang Jitmuangnon dari Thailand dalam ONE Championship.

Sementara itu, pengasas jenama terkenal Elrah Exclusive, Muhd. Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman memuat naik video Rodtang yang kelihatan bangga mengenakan pakaian tradisional Melayu tersebut.

“Bila seorang juara dunia mengenakan Baju Melayu di pentas global seperti @ONE Championship Tokyo, itu bukan sekadar kain yang membalut tubuh itu adalah maruah, warisan dan identiti yang dijulang.

“Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli?

“Kita bukan sekadar melihat sejarah kita sedang menulisnya. Dari silat ke muay thai, dari warisan ke dunia moden, Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah lambang perjuangan kami @elrahexclusive @Elrahworldwide .

“Hari ini, seorang juara memakainya di gelanggang. Esok, dunia akan tahu ini warisan kita, ini identiti kita,” tulisnya dalam hantaran di TikTok di sini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here