Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan seorang pengurup wang yang ditahan bagi membantu siasatan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana masalah kesihatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, individu berkenaan merupakan antara tangkapan terbaharu suruhanjaya tersebut.

“Suspek telah direman selama dua hari bagi memudahkan siasatan lanjut sebelum mengadu mengalami masalah jantung.

“Doktor mengesahkan bahawa dia mengalami sekatan di jantungnya, dan atas faktor kesihatan, kami tiada pilihan selain membebaskannya bagi membolehkan dia mendapatkan rawatan segera,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, pihaknya tiada pilihan selain melepaskan suspek berikutan keadaan kesihatannya supaya mendapatkan rawatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/03/19/ismail-sabri-sambung-bagi-keterangan-di-sprm/

Ketika ditanya, Azam berkata proses pengambilan kenyataan membabitkan bekas Perdana Menteri ke-9 itu berkemungkinan besar akan mengambil beberapa sesi lagi.

“Saya tidak boleh meramalkan bila penyiasat kami akan menyimpulkan proses itu tetapi saya boleh mengatakan bahawa ia akan mengambil beberapa sesi lagi.

“Mengenai kemungkinan pendakwaan, saya boleh katakan bahawa kita hanya dalam proses pengambilan kenyataan dan terdapat banyak individu lain yang perlu dibincangkan oleh penyiasat saya sebelum siasatan selesai,” katanya.

Azam menyeru orang ramai supaya bersabar dan membenarkan pasukannya menjalankan siasatan menyeluruh, adil dan telus terhadap kes itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here