Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kali keenam kali keenam bagi memebri keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

Kenderaan bewarna hitam yang dinaiki bekas Perdana Menteri itu tiba pada jam 9.55 pagi.

Beliau melambaikan kepada sekumpulan petugas media yang berada di luar pekarangan SPRM, di sini sejak 8.30 pagi.

Difahamkan proses rakaman keterangan Ismail Sabri berkemungkinan mengambil beberapa sesi lagi.

Semalam, beliau memberikan keterangan hampir tujuh jam berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa menjawat jawatan Perdana Menteri antara Ogos 2021 hingga November 2022.

Ismail Sabri merupakan suspek siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam ‘safe house’.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here