Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menunaikan solat maghrib pada Majlis Berbuka Puasa di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2025.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Amerika Syarikat (AS) diheret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana bersekutu dan bersekongkol dengan segala jenayah kemanusian yang dilakukan oleh Israel selama ini.

Dakwa Tun Mahathir, tanpa sokongan AS kepada Israel, tidak mungkin serangan tidak berperikemanusian tanpa henti itu dapat dilakukan hingga mengakibatkan krisis kemanusiaan besar ketika ini.

“Dalam perkara ini, penjenayah paling besar itu ialah Amerika Syarikat, tanpa bantuan mereka ini tidak mungkin Israel boleh lakukan apa yang mereka ingin.

“Pembunuhan beramai-ramai rakyat Gaza dilakukan oleh Israel melalui izin Amerika,” katanya Majlis Berbuka Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Tegas Tun Mahathir, AS telah memberikan pelbagai bantuan termasuklah kewangan, senjata dan ketenteraan supaya rejim Zionis boleh mengambil alih Gaza.

“Kerana AS, penderitaan rakyat Palestin ini tidak pernah tamat, AS perlu dihadapkan ke ICJ kerana menyokong pembunuhan begitu ramai rakyat tidak bersalah dan dunia tidak boleh buat apa-apa terhadap negara ini.

“ICJ jangan diam diri, hentikan kekejaman yang sedang berlaku ke atas semua rakyat Palestin yang sudah derita sekian lama,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here