Sebahagian orang ramai berkumpul berkenaan Isu pembinaan masjid di Jalan Masjid India ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 MAC 2025
Sebahagian orang ramai berkumpul berkenaan Isu pembinaan masjid di Jalan Masjid India ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 MAC 2025

KUALA LUMPUR – Penyokong pemeliharaan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, di sini, dinasihatkan agar tidak bertindak sebagai mangsa keadaan.

Penceramah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berkata, pembinaan kuil berkenaan sudah jelas dibuat secara haram dan bukan milik mereka.

“Bila minta pindah claim kata dah beratus tahun atau sebelum merdeka tanpa bukti kukuh melainkan hanya bermodalkan air liur sahaja.

“Bila nak roboh mainkan sentimen agama kononnya tersakiti kononnya hak mereka dicabuli sedangkan mereka yang mengambil hak orang secara halus dan licik,” jelas Zambri di Facebooknya.

Sementara itu, Zambri berkata, tindakan pihak tertentu yang membina kuil di atas tanah hak milik orang lain adalah sesuatu tindakan yang tidak betul dan merampas hak orang lain.

“Pasai apa tamak sangat nak ambil hak org lain walaupun setelah mengetahui ia bukan milik kamu?

“Henti dan runtuhkan semua pembinaan rumah ibadah haram di tanah milik orang lain mahupun di tanah milik kerajaan. Sampai bila negara kita nak hadapi masalah pembinaan kuil haram ini?
Tuduh dan dakwa mereka kerana menceroboh tanah milik orang lain,” katanya lagi.

Semalam, penyokong pemeliharaan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur mencadangkan “tapak alternatif” untuk pembinaan masjid, yang dirancang dibina di tapak kuil tersebut.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Zaid Malek berkata, daripada meroboh dan memindahkan kuil 130 tahun itu, masjid boleh dibina di dua plot tanah yang berdekatan.

Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti lokasi baharu bagi pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak berhampiran Jalan Masjid India.

Menurut DBKL, langkah ini bertujuan memastikan penganut Hindu dapat terus menjalankan aktiviti keagamaan mereka dengan selesa dan harmoni.

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman terletak berhampiran Jakel Mall di Jalan Masjid India telah dibina sejak akhir abad ke-19 dan kini berada di tengah-tengah kawasan pembangunan pesat.

Difahamkan, tanah yang menempatkan kuil tersebut telah dijual kepada sebuah syarikat swasta yang turut memiliki sebuah pusat beli-belah di lokasi sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here