BAITULMAQDIS – Sayap ketenteraan kumpulan Hamas, Briged Al-Qassam mengaku bertanggungjawab terhadap serangan roket ke atas Tel Aviv sebagai tindak balas daripada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.
Menurut kenyataan kumpulan tersebut, roket M90 digunakan dalam serangan di tengah-tengah bandara raya itu.
Tentera Israel dilaporkan memintas sebuah roket yang dilancarkan dari Gaza namun dua lagi roket jatuh di kawasan terbuka dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Media Israel, termasuk Channel 12, melaporkan serpihan daripada roket yang dipintas jatuh di Rishon LeZion, selatan Tel Aviv.
Serangan roket itu menyebabkan gangguan operasi di Lapangan Terbang Antarabansga Ben Gurion apabila beberapa penerbangan membuat beberapa pusingan kerana tidak dapat mendarat.
Operasinya lapangan terbang itu digantng sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.
Sementara itu, tentera Israel mengumumkan pelaksanaan operasi darat di Jalur Gaza dengan Menteri Peratahan, Yisrael Katz menyatakan penduduk akan diarah meninggalkan kediaman mereka.
Keganasan terbaharu Israel berlaku pada 18 Mac dengan melanggar gencatan senjata yang bermula 19 Januari lalu.
Tindakan ketenteraan rejim penceroboh itu telah membunuh beratus-ratus rakyat Palestin khususnya orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.
Sejak Oktober 2023, Israel telah membunuh lebih 48,500 penduduk Palestin dan menyebabkan Gaza musnah. – Gaza