Seorang penerima STR mengambil bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di BSN Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan Isnin, 24 Mac ini.

Kementerian Kewangan berkata, ia bakal memanfaatkan hampir sembilan juta penerima yang terdiri daripada 60 peratus  rakyat dewasa yang akan mendapat bantuan sehingga RM650.

“Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Peningkatan peruntukan STR dan SARA pada tahun 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30% kepada RM13 bilion adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” kata Perdana Menteri Datui Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing3.

Tambahnya, jika nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. -MalaysiaGazette

 

Kementerian Kewangan

Putrajaya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here