KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia  (Pekida) kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan Lawyers for Liberty (LfL) termasuk peguam Ambiga Sreenevasan baru-baru ini berhubung isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang menduduki tanah wakaf Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) bagi tujuan pembinaan masjid.

Presidennya Datuk Mohd Foad Mat Isa berkata, Ambiga dan LfL tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan undang-undang berkaitan pemilikan tanah dan hak pemilik tanah serta undang-undang wakaf di negara ini kerana mereka adalah golongan yang arif dalam bidang perundangan.

Tegas beliau, Malaysia mempunyai kerangka sistem dan undang-undang bagi pembinaan rumah ibadat mengikut agama masing-masing.

Artikel berkaitan: Jangan buat naratif ‘roboh kuil, bina masjid’ – Jakel

PM nasihat orang luar jangan jadi jaguh isu kuil di Masjid India

Pindah kuil: Hormat keputusan DBKL, jangan cetus isu perkauman

PM mahu isu kuil Dewi Sri Pathrakaliamman diselesai secara baik – Ramanan

Malah, tegasnya, semua penganut agama telah pun faham pembinaan struktur rumah ibadat mesti dibina atas tanah sendiri dan bukannya orang lain.

“Tindakan mereka ini jelas tidak bertanggungjawab, berat sebelah dan berniat jahat untuk menghalang hak orang Islam untuk membina rumah ibadat atas tanah sendiri.

“Sekiranya perkara ini terus dibiarkan berlarutan dan mereka ini terus dibiarkan berbicara menghasut penganut Hindu dengan memberikan penjelasan berat sebelah dan bertentangan dengan lunas perundangan, Pekida Malaysia bimbang ia mampu menyebabkan ketegangan antara agama dan kesan buruk kepada perpaduan kaum dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Pekida memberi amaran kepada mana-mana pihak untuk tidak mencetus api kemarahan orang Islam dengan membuat kenyataan yang tidak sepatutnya.

Katanya, Pekida juga berpandangan segala permasalahan berkaitan isu antara pihak kuil dan pemilik tanah diselesaikan dengan secara aman dan harmoni dengan mengikut proses undang-undang. -MalaysiaGazette

Isu Kuil Jalan Masjid India : Peguam Yang Tidak Pernah Terlibat Dalam Agama Hindu Cuba Jadi Jaguh-PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here