Datuk Seri Siti Nurhaliza (tengah) dalam Majlis Silaturrahim Ramadan & Berbuka Puasa Yayasan Nurjiwa di Hotel Grand Barakah, Palm Square, Ampang Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan kepentingan keseimbangan antara promosi lagu raya dan penghormatan terhadap bulan Ramadan.

Beliau atau lebih mesra disapa Tokti berkata, meskipun Ramadan adalah bulan ibadah yang perlu dihormati, industri muzik mempunyai strategi pemasaran tersendiri yang dirancang lebih awal bagi memastikan lagu raya mendapat sambutan.

“Perkara ini bukanlah satu kesalahan, tetapi ia harus dilakukan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.

“Keputusan untuk melancarkan lagu raya awal bergantung kepada strategi syarikat rakaman dan artis masing-masing.

“Setiap pihak mempunyai cara tersendiri dalam merancang pemasaran dan pelancaran lagu raya lebih awal bukan bermakna mereka mengabaikan penghormatan terhadap bulan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Silaturrahim Ramadan & Berbuka Puasa Yayasan Nurjiwa di Hotel Grand Barakah, Palm Square, Ampang Jaya, semalam.

Sebelum ini, tular mengenai seorang penyanyi menegur segelintir anak seni yang mengeluarkan lagu Raya pada bulan Ramadan.

Menurutnya, tindakan itu seakan-akan tidak menghormati bulan mulia.

Selain itu, invididu berkenaan juga meluahkan rasa kecewa terhadap pemakaian sesetengah artis yang dianggap baginya terlalu terdedah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here