Tag: Tokti
Siti Nurhaliza lancar single Mandarin pertama ‘Be Like Water’
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah apabila merakamkan lagu penuh berbahasa Mandarin pertama dalam kerjayanya menerusi single **Be Like Water** bersama penyanyi dan pencipta lagu Firdhaus. Lagu yang membawa mesej kasih sayang, harapan dan keprihatinan itu diangkat sebagai lagu tema rasmi CSR CUCKOO Malaysia. Siti mengakui beliau mengambil masa untuk menghafal lirik dan masih mempelajari bahasa Mandarin bagi memastikan sebutan yang tepat, selain menghargai bimbingan Firdhaus sepanjang proses rakaman. Lagu tersebut kini boleh distrim di pelbagai platform digital selepas dipersembahkan buat pertama kali pada pelancaran rasmi projek CSR CUCKOO Malaysia.
Tak Akan Papa Kalau Sedekah Atau Zakat | Datuk Siti, Ammar...
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ammar Ahyan mendedahkan mereka sering didatangi individu serta dihujani mesej di media sosial yang meminta bantuan kewangan.
Afwa Kelakar, Hafal Model Kereta | TokTi Kongsi Gelagat Anak Kedua...
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Silaturrahim Ramadan & Berbuka Puasa Yayasan Nurjiwa semalam.
Seimbangkan promosi dan penghormatan Ramadan – Tokti
"Setiap pihak mempunyai cara tersendiri dalam merancang pemasaran dan pelancaran lagu raya lebih awal bukan bermakna mereka mengabaikan penghormatan terhadap bulan Ramadan," katanya.
Raya Nak Ke Mana? kembalikan semula mood lagu lama Tokti
"Saya hormat Aisyah sebagai seorang pencipta lagu dan akan tanya terlebih dahulu boleh atau tidak sebelum saya membuat sesuatu," tambahnya.
YaPEIM Gold tawar wafer emas edisi terhad, kolaborasi bersama Siti Nurhaliza
"Saya lihat kebanyakan peminat saya sangat berminat untuk menyimpan emas, jadi kebetulan dengan adanya kolaborasi ini akan membuatkan mereka menjadikan wafer emas ini sebagai koleksi peribadi sekaligus mendidik masyarakat menyimpan emas," ujar Siti Nurhaliza.













